Thursday, May 28, 2009

persediaan

Persediaan Untuk Menyambut Bayi Anda
(Dari Rumah Ke Wad Bersalin)

Anda pernah bersalin? Jika pernah, sudah tentu anda mempunyai pengalaman yang sungguh berharga. Jika anda sedang mengandung anak yang pertama… harap tulisan seterusnya dapat memberikan anda idea persediaan untuk menghadapi masa masa hampir nak bersalin sehinggalah akhirnya melahirkan bayi yang ditunggu tunggu:)

Apabila anda mengalami tanda tanda untuk bersalin, anda perlu ke pusat bersalin atau pun hospital yang anda telah pilih dengan segera. Jadi ada baiknya, sebelum sakit bersalin lagi, anda telah pergi berjumpa Dr. atau kakitangan di sana untuk mengetahui prosedur kemasukan dan bagaimana proses seterusnya. Setiap pusat bersalin atau hospital mempunyai prosedurnya yang tersendiri.

Tanda tanda bersalin seperti rasa sakit seolah-olah senggugut (lebih sakit dari senggugut), perut mengeras dengan lebih kerap berbanding biasa, air ketuban mula mengalir keluar dan pendarahan.

Oh ya, sebelum anda ke pusat bersalin @ hospital, anda harus membawa (biasanya suami lah yang akan membawanya) perkara berikut:

Untuk Anda:

  1. Kad Rawatan Bulanan
  2. Nursing Bra
  3. Nursing Pad
  4. Maternity Panty
  5. Sanitary Pad
  6. Baju Panas
  7. Stokin
  8. Baju Persalinan (Diperlukan waktu keluar hospital)
  9. Kain Batik
  10. Tuala
  11. Minyak angin @ panas


Untuk Bayi:

  1. Baju Lengan Panjang/Pendek
  2. Seluar Panjang/Pendek
  3. Sarung Tangan, Kaki dan Serkup Kepala (Mittens / Booties )
  4. Barut
  5. Lampin/Diapers
  6. Selimut @ kot bayi
  7. Tuala
  8. Sabun Bayi
  9. Syampu
  10. Bedak
  11. Losyen Bayi @ Minyak Bayi
  12. Krim Bayi

Penting: Jangan bawa terlalu banyak kelengkapan. Bawa secukupnya untuk mungkin 1-2 malam sahaja ( bersalin normal)

Hmm jika ada yg terlepas, maybe rakan rakan yang dah bersalin dan ada pengalaman tu boleh tambah tambah.

Selepas anda “check in” ke pusat bersalin atau hospital yang dipilih, dan Dr. akan memeriksa perut anda bagi memastikan kandungan dalam keadaan normal atau tidak. Sementara itu, jantung bayi di dalam kandungan akan diperiksa dengan alat pengesan yang biasanya dipanggil CTG @ Cardiotograph. Tekanan darah, suhu badan dan kadar denyutan nadi anda juga akan diambil oleh petugas di pusat atau hospital berkenaan.

Seterusnya, Dr. akan membuat pemeriksaan dalaman faraj untuk menilai pembesaran bukaan servik dan penurunan kepala bayi. Maklumat ini akan dipantau dari masa ke semasa (hourly) sehinggalah sampai saat anda melahirkan bayi.

Biasanya Dr. akan tanya jika anda masih belum buang air besar, Dr. akan berikan ubat membersihkan usus supaya tiada najis yang keluar masa nak melahirkan bayi nanti.

Anda dan bayi akan dipantau dari masa ke semasa, biasanya antara 15 ke 30 minit sekali. Sementara pemeriksaan dalaman faraj (seperti yang diterangkan di atas tadi) setiap 4 jam.

Ramai juga yang bertanya saya, sakit tak nak bersalin? Ada tak ubat penahan sakit? Sebenarnya ada beberapa jenis penahan sakit yang boleh dan biasa ditawarkan oleh Dr. berdasarkan situasi anda:

  • Pernafasan @ Deep Breathing
  • Entonox ~> setiap kali terasa sakit, anda menghidu gas yang akan mengkhayalkan.
  • Suntikan ubat untuk menghilangkan kesakitan.
  • Epidural ~> Suntikan ubat khusus yang akan mengebaskan sebahagian badan dari pinggang ke bawah, kaedah ini anda perlu melakukan tanda tangan sebagai bukti bersetuju untuk melakukan kaedah tesebut, di dalam satu surat yang diberikan oleh pihak Dr.

Seterusnya ialah saat untuk bersalin, sebaiknya suami anda ada bersama anda, menggenggam tangan anda, memberikan kata kata semangat kepada anda, memanjatkan doa ke hadrat Allah swt agar proses anda melahirkan anak berjalan dengan baik sekali, Insya Allah. Suami memang dibenarkan untuk menemani anda. Bagaimanapun ada suami yang takut melihat darah, tak berani nak bersama menemani isteri yang hendak bersalin, nanti dia pulak yang pengsan. So, tanya suami anda bebetul dahulu, jika suami tak boleh, ibu anda boleh menggantikannya.

Selamat bersalin!

Wednesday, May 27, 2009

senaman

Bagaimana cara untuk mengurangkan risiko luka permukaan faraj semasa bersalin anak pertama?


Berikut adalah salah satu cara bagaimana mengurangkan risiko luka permukaan faraj semasa bersalin anak pertama.

Kaedah yang dicadangkan ialah dengan melakukan urutan permukaan faraj sebelum bersalin @ "antenatal preneal massage"

Apakah 'perineum"?
Iaitu kawasan di antara faraj dan dubur.

Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?
Antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.

Bagaimana untuk mengelakkan ianya daripada berlaku?
  • Lakukan "Perineal Massage"
  • Menggunakan 1 atau 2 jari
  • Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.

Bolehkah suami mendorong?
Sudah tentu!

Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?
  • Tidak ada.
  • Senang dilakukan.
  • Tidak menyakitkan.
  • Tidak perlu bayaran.

Tatacara mengurut perineum
  1. Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.
  2. Sapukan pelicin (minyak zaitun). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly.
  3. Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.
  4. Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
  5. Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
  6. Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan.



(Sekiranya suami anda yang melakukan urutan perineum, arahan yang sama hendaklah dilakukan)

Sumber dipetik:
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

www.mengandung.com

Wednesday, May 20, 2009

Demam kuning

Kekuningan Pada Bayi Baru Lahir (Neonatal Jaundice)

Apa itu jaundis?
Apa itu bilirubin?
Adakah sering terjadi jaundis pada bayi?
Jenis-jenis jaundis pada bayi dan penyebabnya?
Apakah yang menyebabkan jaundis berpanjangan?
Haruskah saya bimbang jika anak saya jaundis?
Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?
Apakah yang doktor akan lakukan?
Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundis teruk?
Bagaimanakah cara menangani masalah jaundis?
Pencegahan jaundis?
Apakah yang perlu dilakukan kepada bayi yang mengalami jaundis yang teruk?
Apendiks


Apa itu jaundis?

Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir.

Apa itu bilirubin?

Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.

Adakah sering terjadi jaundis di kalangan bayi?

Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.

Jenis-jenis jaundis pada bayi dan penyebabnya?

1. Fisiologi jaundis

Merupakan jaundis yang paling sering terjadi pada bayi dan tidak merbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.

2. Patologi jaundis

Jaundis jenis ini bermula dalam masa dua hari selepas lahir. Ini disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat:

* Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah 'O').

* G6PD defisiensi pada bayi. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu.
Bagaimanapun tidak lebih dari 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir. (Rujuk senarai makanan,ubat-ubatan yang harus dielakkan oleh penghidap G6PD defisiensi ). (Rujuk senarai makanan, ubat-ubatan yang harus dielakkan oleh penghidap G6PD defisiensi)

* Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.

Apakah yang menyebabkan jaundis berpanjangan?

Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:

* Penyusuan susu ibu sepenuhnya ( breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahaya pada bayi selagi ibu tidak megambil ubat-ubatan tradisional.

* Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.

* Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.

Haruskah saya bimbang jika anak saya jaundis?

Bayi anda mungkin sihat jika :

* Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundis yang teruk.

* Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk.

* Bayi anda sihat dan aktif.


Walau bagaimanapun sila dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian lanjut.

Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?

Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :

* Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.

* Peningkatan kekuningan yang cepat

* Bayi anda mengalami G6PD defisiensi

* Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk

* Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu

* Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat


Apakah yang doktor akan lakukan?

Doktor akan memeriksa bayi anda dan melakukan ujian darah serta memberikan rawatan yang sesuai. Mereka juga akan memberikan nasihat yang berkaitan.

Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundis teruk?

Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan:

* Gangguan pendengaran dimana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran.

* Kerosakan otak yang teruk (kernicterus)


Oleh itu intervensi awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.

Apakah rawatan yang diberikan?

Terdapat 2 jenis rawatan iaitu:

1. Rawatan foto

Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.

Rawatan foto pada bayi yang mengalami jaundis.

Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus kerana ini membahayakan bayi anda.

2. Pertukaran darah.

Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.


Pencegahan jaundis

Adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk terjadi jaundis yang teruk.

Tindakan awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan komplikasi.

Apakah yang perlu dilakukan kepada bayi yang mengalami jaundis yang teruk?

Semua bayi dengan kadar bilirubin lebih 20 mg/dL harus mendapat rawatan lanjut diklinik pakar kanak-kanak bagi memantau perkembangan dan pendengaran.

Sekiranya terjadi kerosakan otak akibat jaundis teruk, kanak-kanak tersebut harus dirujuk kepada sekumpulan pakar untuk pemulihan.

Apendiks

Senarai makanan, ubat-ubatan yang harus dielakkan oleh pengidap G6PD defisiensi:

* Makanan : kacang parang

* Herba cina yang tertentu

* Ubat-ubatan(rujuk doktor untuk senarai yang lengkap)

o Antibiotik seperti sulfamethozazol, nalidiixic acid

* Bahan kimia

o Ubat gegat (jangan gunakan pada pakaian.)

kredit to: http://ubmm.blogspot.com/2009/04/segmen-khas-neonatal-jaundice.html

Usia awal pengambilan makanan lengkap

Makanan pelengkap adalah makanan tambahan yang diberikan kepada bayi anda selain daripada pemberian susu ibu. Pada umur enam bulan, pemberian susu ibu sahaja tidak mencukupi. Ia perlu dilengkapkan dengan pemberian makanan pepejal). Pertambahan makanan pepejal dengan meningkatkan tekstur dan kepekatan makanan tersebut dapat membantu bayi anda memperolehi nutrien yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangannya. Kelewatan dalam memperkenalkan makanan pepejal melebihi 6 bulan akan meningkatkan risiko anemia dan gangguan pertumbuhan.

Bermula daripada umur 6 bulan, urat saraf dan otot mulut bayi sudah berkembang secukupnya bagi membantu mengunyah dan mengigit makanan. Sistem penghadaman dan pencernaan bayi sudah matang untuk menghadam pelbagai jenis makanan. Walau bagaimanapun susu ibu masih perlu diberi dan menjadi sebahagian daripada pemakanan bayi anda.

Makanan pelengkap yang sihat perlu mengandungi pelbagai jenis makanan bagi membekalkan tenaga, protein, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi anda.

* Bijirin dan hasil bijirin, Contoh:- nasi, bubur,roti dan ubi membekalkan tenaga.

* Susu, ikan, ayam, telur dan daging membekalkan protein.

* Buah - buahan dan sayur - sayuran membekalkan vitamin dan mineral.

Jadual Panduan Pemakanan Mengikut Umur

PERINGKAT PERTAMA
Umur
6 bulan
Kemahiran
Mula menerima makanan pepejal
Jenis Makanan
Makanan lembut
* Bubur nasi dikisar
* Bijirin untuk bayi (jenis beras)
* Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek atau dikisar.
Jumlah & Kekerapan
* 2 -3 sudu besar untuk setiap hidangan. (Waktu makan)
* 2 kali dalam sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap
PERINGKAT KEDUA
Umur
7- 8 Bulan
Kemahiran
Mula belajar mengunyah
Jenis Makanan
Makanan lembut
* Bubur nasi
* Bijiran untuk bayi
* Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek.
* Isi ikan, daging dan ayam yang telah dimasak dan lecek.
* Makanan yang mengandungi susu.
- Keju, puding susu, krim keju
* Telur masak. Cuba dengan jumlah yang sedikit dahulu.
* Jangan beri putih telur sehingga mencapai umur 12 bulan kepada bayi sekiranya terdapat sejarah keluarga yang mempunyai masalah alahan atau bayi mempunyai ekzema.
Jumlah & Kekerapan
* Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 2/3 cawan (cawan saiz 250,l) dan kemudian ke ¾ cawan pada setiap hidangan
* 3 kali sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.

PERINGKAT KETIGA
Umur
9-11 Bulan
Kemahiran
Makan sendiri
Jenis Makanan
Makanan yang dipegang sendiri (dicincang) atau lembut.
* Nasi
* Bijiran bayi
* Sayur yang dimasak, dan dipotong kecil.
* Buah
* Ikan, daging dan ayam
* Susu dan hasil tenusu
keju, puding susu, krim keju.
* Telur, melainkan sekiranya ada alahan
* Kekacang yang dimasak lembut
- kacang panggang dan tauhu
Jumlah & Kekerapan
* Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 3/4 atau ke 1 cawan pada setiap hidangan.
* 3 hidangan makan utama (sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam) dan 1 snek antara waktu makan utama, diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
PERINGKAT KEEMPAT
Umur
1-2 Tahun
Kemahiran
Makan sendiri
Jenis Makanan
Makanan keluarga yang diubahsuai
* Pelbagai jenis makanan keluarga yang sihat seperti : campuran nasi dengan ikan atau ayam dan sayur.
* Daging cincang
* Makanan yang kurangkan berempah.
* Makanan segar (tidak diproses)
* Kurangkan garam, gula dan lemak.
* Teruskan penyusuan susu ibu.
Jumlah & Kekerapan
* 3 hidangan makan utama setiap hari (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
* 2 snek antara waktu hidangan makan utama.

Info from: http://ubmm.blogspot.com/2009/04/pemakanan-makanan-pelengkap.html

Timang bayi

sbs



SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
  1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
  2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
  3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
  4. Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.


Monday, May 18, 2009

Keberkesanan Salindah

Info from: mengandung.com


Salindah adalah set yang trdiri dari pemakanan homeopati. Ramai orang menyarankan agar saya mengambil salindah (salindah beharga sekitar RM 360). Keberkesanan nya masih belum dapat dipastikan. Petang ni baru saya nak pergi beli. Salindah juga turut dijual berasingan sbg contoh, B1 dijual dengan harga RM46.

Salindah sebagai Rencana Pemakanan Kesihatan dan Rawatan Ibu Hamil dari awal kehamilan sehingga habis pantang.

Ibu Ibu hamil yang bijak memilih Salindah sebagai pemakanan dan rawatan sepanjang tempoh hamil hingga habis pantang. Dengan kebaikan rumusan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme yang istimewa ini, zaman kehamilan kini bukan lagi suatu kebimbangan malah lebih indah dan menyeronokkan. Ianya membantu ibu ibu melahirkan si manja dengan lebih mudah.

Kenapa Salindah?

Salindah telah dirumus khas berasaskan ilmu sains perubatan, sains kosmetologi dan sains pemakanan. Ianya berkesan dan sangat efektif serta selamat digunakan tanpa mendatangkan kesan buruk samada kesan sampingan atau kesan advers atau kesan keracunan, tidak seperti kebanyakan ubat dadah alopati. Walaupun dimakan oleh kanak-kanak atau ibu hamil ia tidak mendatangkan kesan buruk kalau tersilap makan atau terlebih makan.

Salindah diperkaya dengan garamtisu biokimia Schuessler terdiri daripada fosfat-fosfat kalsium, kalium, magensium dan ferum untuk menjadikan ibu ibu hamil lebih sihat dan si manja kelihatan lebih comel, cergas dan pintar.

Ibu-ibu juga menjadi lebih yakin dan bertenaga dengan ramuan rawatan sepanjang tempoh pantang. Tanpa kesan sampingan ibu-ibu akan lebih berkeyakinan sepanjang tempoh hamil dan Salindah selamat dan halal untuk digunakan.

12 Kelebihan Rumusan Salindah Kepada Ibu Hamil


Set Sebelum Bersalin

Sebelum Bersalin
B1
Mulai seawal kehamilan (12 minggu)
Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau rebah di samping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah tersimpul urat kaki dan menghilangkan lesu.
B2
Mulai minggu ke 24 kehamilan
Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambah darah serta selera makan. B2 juga dapat menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis.
B3
Mulai minggu ke 28 kehamilan
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.
B4
Mulai 4 minggu sebelum jangka bersalin
Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan. B4 juga akan memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.
B5
Mulai 2 minggu sebelum jangka bersalin
Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.
B6
Mulai 1 minggu sebelum jangka bersalin
Khasiat : Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.



Set Selepas Bersalin

Selepas Bersalin
L7
Guna selepas bersalin untuk mencuci luka jahitan dan pusat bayi
Bagus untuk menyembuhkan luka, jahitan serta pusat bayi di samping mencegah jangkitan kuman dan penanahan
L8
Mulai 5 jam selepas bersalin
Membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.
L9
Mulai hari ke 2 selepas bersalin
Menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tubuh.
L10
Mulai hari ke 6 selepas bersalin
Mempercepatkan kecut semula rahim. Mengangkat kembali rahim ke kedudukan asal dan mengurangkan simpul urat biru.
L11
Mulai hari ke 7 selepas bersalin
Tonik istimewa bagi memanaskan tubuh, menambah selera, membaiki penghadaman dan melancarkan pembuangan najis. Mengenakkan tidur, menghilangkan kebas-kebas serta menyegarkan rahim dan alat peranakan.
L12
Mulai hari ke 21 selepas bersalin
Berfungsi untuk menjaga kesihatan ibu bersalin agar sentiasa sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat pengkelamian dan menimbulkan kesegaran.

Salindah

Salindah

Set Lengkap Rencana Pemakanan Dan Rawatan Ibu Hamil Dari Awal Kehamilan Sehingga Habis Pantang. Ia sesuai digunakan oleh semua ibu hamil. Salindah membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain.

Aturan Dan Cara Makan Salindah

Cara makan Salindah:

  1. Kesemua tablet hendaklah dikemam sahaja.
  2. Tuangkan tablet ke dalam tudung botol, terus letak di atas lidah dan dikemam sehingga larut.
  3. Jangan sentuh dengan tangan
  4. Berpantanglah dari kopi (minuman berkafein), cili, kari, makanan berempah sekurang-kurangnya sebulan sebelum bersalin sehingga 2 minggu selepas bersalin.
  5. Jangan simpan di dalam peti sejuk dan jauhkan dari barangan elektrik.

Aturan makan Salindah:

Set Sebelum Bersalin

Produk
Kit
Usia kehamilan
Cara Makan
B1
336 biji
Mulai 3 bulan atau bila di sahkan hamil
2 biji 2 kali sehari (makan sehingga habis).
B2
120 biji
Mulai 6 bulan kehamilan
2 biji 2 kali sehari (makan sehingga habis).
B3
336 biji
Mulai 7 bulan kehamilan
2 biji 2 kali sehari (makan sehingga habis).
B4
30 biji
Mulai 1 bulan sebelum jangkaan bersalin
1 biji sekali sehari (makan hingga habis)
B5
84 biji
Mulai 2 minggu sebelum jangkaan bersalin
2 biji 3 kali sehari (makan sehingga habis)
B6
30 biji
Mulai 1 minggu sebelum jangkaan bersalin

1 biji sekali sehari (makan hingga habis)

Jika ada tanda hendak beralin spt pendarahan sedikit atau pecah air ketuban atau sakit makan 1 biji setiap 15 minit.

Set Selepas Bersalin

Produk
Kit
Usia kehamilan
Cara Makan
L7
30 ml
Selepas bersalin
Sapu pada pusat bayi dan luka jahitan ibu.
L8
30 biji
5 atau 6 jam selepas bersalin
1 biji setiap 1 jam (makan hingga habis)
L9
16 biji
Pada hari ke 2 (selepas habiskan L8)
1 biji 4 kali sehari (makan hingga habis)
L10
96 biji
Pada hari ke 6 (selepas habiskan L9)
2 biji 3 kali sehari (makan hingga habis)
L11
220 ml
Minum pada hari ke 7
1 atau 2 sudu, 2 atau 3 kali sehari (minum hingga habis) sebelum makan
L12
96 biji
Pada hari ke 21 (selepas habiskan L10)

2 biji 2 kali sehari (makan hingga habis)

Pantang larang semasa mengandung

Dalam masyarakat Melayu terdapat beberapa pantang larang yang masih lagi menjadi ikutan. Wanita-wanita hamil dilarang dari melakukan perkara-perkara berikut:
  • Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.

  • Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.

  • Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
    Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.

  • Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.

  • Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

  • Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.

  • Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.

  • Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.
Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:
  • Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.

  • Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.

  • Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.

Sejauhmana benar pantang larang ini. Namun apa yang penting di sini ialah sebagai bakal ibu dan ayah, manusia perlu senantiasa menjaga sikap dan tingkah laku, apatah lagi ketika hamil. Hanya kepada Allah s.w.t sahaja tempat hambanya meminta dan memohon agar tiada bala bencana ke atas kita sekeluarga InsyaAllah. Moga di anugerah anak yang comel lagi soleh.


Info from :http://mengandung.blogspot.com/

Bolehkan memakan garlic semasa mengandung?

Garlic/bawang putih adalah selamat dimakan oleh ibu mengandung malahan mempunyai khasiat2 nya yang tersendiri. info from : http://www.garlic.mistral.co.uk/preg.htm

New research shows that taking garlic during pregnancy can cut the risk of pre-eclampsia (raised blood pressure and protein retained in the urine). Studies reveal that garlic may help to boost the birth-weight of babies destined to be too small. The research was carried out by Dr D Sooranna, Ms J Hirani and Dr I Das in the Academic Department of Obstertrics & Gynaecology at the Chelsea & Westminster Hospital in London UK.


They concluded that although pre-eclampsia and growth retardation are complex multifactoral conditions, taking standardised garlic tablets (for further details please contact us) throughout pregnancy may decrease the chances of these types of complictions at birth. They focussed on growth retarded babies and pre-eclampsia, a potentially dangerous condition for mother and baby which occurs in about one in ten pregnancies. Experiments by the research team showed that adding extracts of garlic to cells from the placenta of women likely to suffer from these conditions was able to quickly stimulate growth. Furthermore, the activity of key enzemes that are reduced in the abnormal pregnancies were significantly increased when garlic was added.

Persediaan Menjadi Ibu Dan Bapa

Kelahiran cahaya mata adalah merupakan salah satu detik yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang berkahwin. Setiap dari kita pasti ingin memiliki dan ingin mendidik anak yang kita cintai itu menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat. Dalam ruangan ini saya akan memeparkan dan berkongsi cerita, pengalaman dan informasi yang saya perolehi dari alam interner ini untuk sama-sama dikongsi bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang.

Followers