Monday, June 15, 2009

Bayi Songsang


Masalah Bayi Songsang oleh Prof Dr Azizan

Lebih 90% bayi dilahirkan dalam kedudukan normal iaitu kepala keluar dahulu. hanya sebilangan kecil mungkin berkedudukan luar biasa sama ada songsang (breech) atau melintang (tranverse lie).

Pada peringkat awal kehamilan, adalah biasa sekiranya kedudukan bayi tidak stabil dan sentiasa berubah-ubah atau berpusing-pusing di dalam kelongsong kandungan yanng dipenuhi cecair amnion.

Apabila mencapai 8 bulan atau 34 minggu kehamilan, barulah bayi akan berkedudukan tetap iaitu kepala ke bawah menghala ke arah pintu rahim dan saluran peranakan. Hanya sebilangan kecil sahaja yang berkedudukan luar biasa sehingga saat tiba untuk dilahirkan. bayi songsang akan menyebabkan punggung atau kaki keluar dahulu. Risikonya, kerumitan ini boleh merosakkan otak dan saraf bayi akibat kekurangan oksigen dan boleh membawa kepada kematian.

Punca Bayi Songsang

Ini merupakan satu petanda bahawa bayi yang dilahirkan ini tidak cukup bulan atau pra matang. Oleh itu tarikh akhir putaran haid ibu perlu disemak semula. Jika semua benar, bayi masih juga berkedudukan luar biasa ini bermakna bayi mengalami kecacatan seperti saiz kepala melebihi saiz biasa atau mengalami kecacatan lain. Ia boleh dikenal pasti melalui ujian ultrasound atau x-ray. Songsang juga dikaitkan dengan faktor kandungan air dalam rahim berlebihan (polihidramnion) atau berkurangan (oligohidramnios).

Bentuk rahim yang ganjil seperti uterus bikornu atau uterus septate mempunyai bentuk rahim seperti bercabang atau mempunyai sekatan di tengah-tengah. keadaan ini boleh menyebabkan keguguran diperingkat awal, kelahiran pra matang dan juga bayi songsang. Rahim yang kendur akibat kerap beranak dan otot-otot perut yang kendur akibat kurang bersenam selepas bersalin juga menyumbang kepada masalah bayi songsang.

Masalah uri ke bawah juga boleh menyebabkan bayi melintang. Rongga punggung adalah laluan penting untuk membolehkan kelahiran bayi. Ada wanita yang mempunyai rongga punggung yang sempit secara semulajadi. Ini menyebabkan bayi songsang kerana kepalanya tidak boleh memasuki rongga tersebut. Penyakit seperti tuberkulosis (batuk kering), kecederaan atau kemalangan yang melibatkan tulang rongga punggung boleh juga menimbulkan masalah ketika hamil.

Article Source: http://www.mengandung.com/tips

No comments:

Post a Comment

Followers